Kelas Asas Resume
25 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniSabtu – 24 Oktober 2020, bermula jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi, Pusat Internet PPR Taman Malihah telah mengadakan satu kelas ICT yang berfokus kepada kaedah membuat resume. Aktiviti ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar cara membuat resume yang tepat dan padat. Mereka juga diajar untuk mencari aplikasi yang sesuai untuk menghasilkan resume dan cara penggunaannya. Antara aplikasi yang disyorkan pada kelas tersebut adalah aplikasi Canva.co.
Tujuan utama kelas adalah:
Membiasakan diri dengan cara penggunaan Canva dan Google Docs di dalam pembuatan resume.
Melatih diri untuk mencari maklumat dan contoh resume yang betul dengan lebih cekap
Menghasilkan resume yang menarik dan penuh dengan informasi yang relevan
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: